Sabtu, 1 November 2008

Tentera Manila bunuh 19 pejuang MILF

COTABATO, Filipina 1 Nov. - Sekurang-kurangnya 19 pejuang pemisah Islam terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan tentera Filipina di Mindanao hari ini.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Julieto Ando berkata, pihak tentera telah melancarkan serangan udara selepas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menyerang sebuah pos tentera berhampiran bandar Datu Piang semalam.
"Kami telah melancarkan serangan udara untuk mengembalikan kedudukan tentera dan menghalang pihak musuh daripada memasuki pos tersebut," katanya.
Kerajaan telah menggantung rundingan damai dengan MILF dan mengarahkan operasi besar-besaran tentera selepas dua komander pejuang pemisah itu melancarkan serangan maut ke atas beberapa perkampungan di Mindanao, Ogos lalu.
Dalam keganasan itu, pejuang pemisah telah membunuh lebih 60 penduduk kampung selain memusnahkan kawasan perniagaan dan membakar lebih 100 buah rumah.
Keganasan tersebut merupakan yang terburuk dalam tempoh lima tahun.
MILF mendakwa, serangan itu dilancarkan oleh komander mereka yang marah dengan keputusan Mahkamah Agung membatalkan perjanjian damai mengenai tanah pusaka di wilayah terbabit.
Menurut agensi bantuan kemanusiaan, pertempuran sejak Ogos telah menyebabkan lebih 600,000 penduduk menjadi pelarian.

1 ulasan:

shaiful's berkata...

kemanakah pergi nye saudara2 islam seperti malaysia,indonesia,brunai dll...ya allah smpi bilakah umat islam diratah2 oleh org kafir laknatullah