Sabtu, 25 Oktober 2008

30 tahun solat Jumaat bawah jejantas

PULAU PINANG 24 Okt. - "Sudah lima orang maut dilanggar kereta ketika ingin menunaikan solat Jumaat namun sehingga hari ini permohonan kami untuk mendapat masjid yang lebih besar masih tidak diendahkan".
Itulah antara kekesalan yang diluahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sungai Nibong Pantai, Isahak Mohd. apabila permohonan mereka untuk mendapatkan masjid lebih besar menggantikan Masjid Sungai Nibong Besar yang digunakan sekarang tidak mendapat perhatian kerajaan.
Isahak yang lebih selesa dipanggil Pak Leh berkata, permohonan tersebut telah diajukan kepada wakil rakyat yang bersilih ganti sejak lebih 30 tahun dahulu namun janji yang diberi hanyalah 'hangat-hangat tahi ayam'.
Menurutnya, sejak lebih 30 tahun dahulu, jemaah terpaksa menunaikan solat Jumaat di bawah jejantas yang terletak berhadapan dengan masjid itu.
"Saya tidak tahu kenapa permohonan kami sejak 30 tahun lalu tidak pernah ditunaikan oleh kerajaan sedangkan penduduk Melayu yang tinggal di sini merupakan anak jati negeri ini.
"Setiap kali wakil rakyat bertukar kami pasti dijanjikan sesuatu yang positif namun apa yang jelas sampai hari ini jemaah terpaksa solat Jumaat di bawah jejantas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid itu yang mempunyai kira-kira 7,000 orang kariah, Abdul Halim Musa berkata, mereka menghadapi masalah birokrasi dengan kerajaan apabila setiap kali membuat permohonan mereka terpaksa menyediakan banyak sangat dokumen.
"Setiap kali mohon mereka akan minta banyak sangat dokumen malah sampai tanah pun kami perlu sediakan.
"Tetapi sekarang bila tanah di depan masjid ini boleh digunakan untuk membina masjid baru, mereka sekali lagi memberikan banyak alasan seolah-olah hendak menghalang kami," katanya.
Abdul Halim juga hairan apabila kerajaan memperuntukkan RM12 juta bagi membina Masjid Terapung di Jalan Tanjung Tokong walaupun kariahnya sedikit.
"Kalau RM12 juta mereka boleh bagi di sana kenapa RM2 juta yang kami mohon untuk bina masjid baru di sini sampai sekarang ditolak," tegasnya.
Sementara itu seorang penduduk setempat, Mohamad Husain Sah Nordin, 52, meminta kerajaan mempercepatkan pembinaan masjid di kampung tersebut demi kebaikan semua pihak.
"Sebagai penduduk asal kampung ini, saya amat berharap supaya kerajaan sekarang ini dapat membela nasib kami dengan segera.
"Janganlah bagi pelbagai alasan lagi kerana perkara ini penting untuk memartabatkan agama dan bangsa melayu sendiri," katanya.

Reaksi Masjid Cina Muslim - PM sudah dimaklum

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) menjelaskan cadangan pembinaan masjid Cina sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden Macma, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, surat permohonan tersebut telah dihantar kepada Perdana Menteri pada 14 Ogos lalu.
‘‘Selepas itu pada 2 September lepas, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.) Ahmad Zahid Hamidi melalui kementeriannya bersetuju dengan konsep berkenaan dan tapak yang diminta oleh Macma berhampiran Pasar Borong Selayang,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Namun, sehingga kini beliau mengakui usaha ke arah pembinaan masih belum berjalan walaupun sudah mendapat persetujuan.
Utusan Malaysia semalam melaporkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur.
Beliau berpendapat masjid seperti yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho mampu menarik ramai masyarakat Cina mendekati agama Islam.
Lokasi yang dicadangkan oleh beliau adalah di tapak Penjara Pudu berdekatan Bukit Bintang kerana kawasan itu didiami oleh majoriti masyarakat Cina.
Menyentuh isu berkenaan, Ridhuan secara dasarnya amat bersetuju jika masjid itu dibina di sana kerana majoriti kaum Cina tinggal di sana.
‘‘Amat baik sekali, kerana lokasi di situ amat strategik serta mudah dikunjungi,’’ katanya yang mengakui Macma sudah 10 tahun memperjuangkan isu berkenaan.
Selain itu, beliau berkata, usaha berkenaan amat penting supaya fahaman sempit kebanyakan rakyat Malaysia bahawa agama Islam milik orang Melayu boleh diubah.
‘‘Dengan itu, usaha dakwah lebih mudah dijalankan kepada kaum Cina kerana terdapat tempat rujukan bagi mereka mendapatkan gambaran Islam yang sebenar,’’ katanya.

Khamis, 23 Oktober 2008

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W. Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah." Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak." Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA

Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku." Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku." Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat." Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu." Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku." Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.

Bina masjid Cina di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) hari ini mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Menurutnya, masjid seperti itu yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam, haruslah dibina mengikut senibina Cina.
‘‘Saya usulkan pendekatan dakwah ini kerana terdapat ramai masyarakat Cina di negara ini dan ramai yang telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada masjid Cina untuk memenuhi keperluan golongan tersebut.
‘‘Saya mencadangkan agar masjid itu dibina di tapak Penjara Pudu yang berdekatan dengan Bukit Bintang kerana ia dikelilingi oleh masyarakat Cina,” katanya semasa membahaskan Bajet 2009.
Zulkifli berkata, langkah tersebut akan dapat menarik masyarakat Cina termasuk di kalangan peniaga dan korporat di Bukit Bintang mendekati Islam serta akhirnya memeluk agama suci itu.
Dalam pada itu, semasa perbahasannya itu, beliau bukan sahaja ‘menghentam’ kera jaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga pem bangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat tidak mempertahankan agama Islam.
Tegasnya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.
‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.
Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.
Beliau menegaskan, PKR menyoal ketua nan Islam dan parti-parti komponen BN pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut anjakan dengan agama-agama lain.
Zulkifli turut membidas Majlis Peguam yang mewakili kes permohonan murtad Aza lina Jailani tanpa memikirkan bahawa ki ra-kira 40 peratus anggota majlis itu terdiri daripada peguam beragama Islam.
Beliau menambah, ada juga pihak yang mencabar penggunaan nama Allah dengan menegaskan mereka juga berhak serta mem bawa kes itu ke mahkamah dan perkara tersebut telah mencabar kestabilan politik serta keharmonian rakyat.
‘‘Agama Islam merupakan tonggak ke stabilan politik, oleh itu perlu dimartabatkan dan saya mencadangkan agar Perkara 3 dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana ia banyak digunakan untuk menyerang agama Islam.
‘‘Saya cadangkan Perkara 11(1) dipinda de ngan memperjelaskan perkara berhubung de ngan kebebasan beragama dan bagi orang Islam tertakluk pada undang-undang Islam itu sendiri serta ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
‘‘Pindaan ini perlu dilakukan kerana saya tidak mahu perkara seperti Azalina berlaku apabila sebuah gereja memberi baptis kepa danya. Saya syorkan Bahagian Jenayah Sya riah kerajaan Persekutuan ditubuhkan untuk menguatkuasakan pindaan itu,” katanya.
Beliau turut mencadangkan Perkara 3 Per lembagaan Persekutuan mengenai Islam se bagai agama rasmi dipinda supaya ia dapat ditegaskan dalam bentuk syariah dan un dang-undang.
Katanya, Majlis Peguam Muslim juga per lu ditubuhkan bagi menaungi peguam-pe guam Islam agar mereka tidak perlu merujuk kepada Majlis Peguam bagi mendapat kela yakan untuk menjadi peguam.

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Rabu, 22 Oktober 2008

Enam terbunuh tentera-MILF bertempur

ZAMBOANGA, Filipina 22 Okt. - Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam pertempuran terbaru antara pejuang pemisah Islam dan tentera kerajaan di Pulau Mindanao, kelmarin.
Jurucakap tentera, Mejar Randolph Cabangbang berkata, pejuang pemisah berundur selepas pihak tentera menggempur tempat persembunyian mereka berhampiran pekan Datu Piang dengan tembakan meriam.
Dalam pertempuran itu, empat pejuang dan seorang anggota militia kerajaan terbunuh, katanya.
Dalam insiden lain, seorang askar terbunuh sewaktu bertempur dengan pejuang MILF di pekan Mamasapano semalam.
Keganasan terbaru itu dipercayai dilancarkan oleh kumpulan serpihan MILF yang diketuai oleh Komander Umbra Kato dan Komander Abdurahman Macapaar.
Kedua-dua pemimpin MILF itu melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera selepas kecewa dengan keputusan Mahkamah Agung baru-baru ini, yang mengiktiraf draf perjanjian damai MILF-Manila sebagai tidak sah.
Berpuluh-puluh orang telah menjadi korban pertempuran antara kedua-dua belah pihak serta menyebabkan hampir 500,000 penduduk hilang tempat tinggal di selatan Filipina.

Selasa, 21 Oktober 2008

LIMA WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2.Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3.Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4.Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5.Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.